WOW..sungguh tidak mempercayai angka tersebut..255 days total my baby dancing in the moonlight my belly..terasa baru je ibu n papa ke Klinik Kesihatan Beserah membuat1st buku Pink *merah jambu*..tak sedar sudah semakin hampir waktu melahirkan si budak techik ini..
Jika mengikut due 40 weeks secara realitinya, tinggal lagi 25 hari sahaja anak ibu ini akan berdondang sayang bergedik dalam belly button ibu nie..perasaan kian bercampur baur..takut, gementar, teruja bergelodak tersedak dalam meniti hari2 yang bakal menjelma..
Kadangkala ibu seakan tak percaya yang ibu mengandung..terbayang yang perut ini gendut akibat makan berlebihan..papa pun pelik dan selalu ketawa kalu ibu cakap malu perut buncit..papa boroi..sampaikan papa pun tanya "ada ke orang pregnant perut kempis ala2 model"..ngeh3..sungguh peliknye pown..acai kate
Biler dengar macam2 pengalaman orang melahirkan, terasa pedih bontot kering hati merah mata menahan kesakitan..GERUN..boleh ke aku menempuhinya melaluinya tanpa menjerit melalak ..sesungguhnya aku mengharapkan rahmat dari Allah SWT, keredhaan layanan manja suami, sokongan keluarga yang akan menguatkan diri aku untuk menghadapi saat2 mendebarkan ini..AMIN
"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan moga dipermudahkan urusan melahirkan zuriat budak techik tercinta ini.moga kelahiran anak ini sempurna dan berikanlah kemudahan untuk kami membesar dan mendidiknya menjadi anak yang beriman, bertanggungjawab dan taat kepadaMu .."
No comments:
Post a Comment