Thursday, February 18, 2010

32 weeks 5 days


 


Sedar tak sedar dah 32 WEEKS 5 DAYS baby adik bermain- main dalam perut ibu nie..sekarang nie macam2 perasaan menghantui mengganggu fikiran ibu..adakalanya ibu rasa tak sabar nak menanti detik bersejarah itu..kadangkala ibu rasa takut gementar kecut perut buncit sangat tuk menghadapinya..apa yang ibu harapkan hanyalah baby adik akan lahir dangan mudah,selamat, sihat dan sempurna..

amin ya rabbalalamin…

Masa balik ke Kuantan weekend itu sempat juga papa dan ibu menabur melaburkan duit di ANAKKU tuk pembelian carseat, beg, baju dan tilam set baby yang papa ibu idamkan..kalu di ikutkan nafsu excited papa almari dan stroller adik pun nak di sambarnya..padahal baju adik tidaklah sebanyak setimbun baju papa yang tergantung tapi tak guna dalam almari tue..

Ibu dan papa harap adik akan gembira dengan segala persediaan yang ibu dan papa telah sediakan untuk adik…ketahuilah bahawa kehadiran adik dalam hidup papa dan ibu akan mengutuhkan lagi hubungan antara kami…adik umpama pengikat kasih sayang ibu dan papa..InsyaAllah ibu dan papa akan cuba berikan yang terbaik untuk adik..Ilove You my sweetie baby…

Harini ibu dah comfirmkan nama yang ibu akan berikan untuk permata hati ibu nie..di sebabkan ibu tak tahu jantina adik yang sebenarnya, terpaksa lah ibu sediakan 2 nama…

if u’re gurl..It will be AUNI IRDINA AMANI yang bermaksud lemah lembutku, kehormatan kami dan ketenanganku..if u ‘re boy its gonna be AHMAD IRFAN HARRIS..yang bermakna kebijaksanaan/ kesyukuran dan pelindung… apa yang ibu dan papa doakan moga anak ibu menjadi seperti nama yang ibu dan papa berikan itu…

Jika adik lahir menjadi anak perempuan ibu dan papa, moga adik akan menjadi anak yang lemah lembut, tau menjaga kehormatan diri dan keluarga serta menjadi insan yang tenang dan menenangkan orang di sekelilingmu…

Jika adik lahir sebagai anak lelaki ibu dan papa, ibu berdoa moga adik menjadi anak yang bijaksana, pandai bersyukur dan menjadi pelindung kepada keluarga dan agama..

AMIN..

No comments: